Wednesday, May 21, 2008

KUMPULAN IKATAN KELUARGA OTHMAN DAN OM


KIKOM adalah singkatan dari Kumpulan Ikatan Keluarga Othman dan Om, secara amnya KIKOM boleh diklasifikasikan sebagai syarikat keluarga atau komuniti keluarga, akan tetapi maksud KIKOM adalah lebih mendalam lagi dan mempunyai suatu semangat yang hidup dan berkuasa untuk menyatukan. semangat ini adalah semangat kasih sayang yang kuat diantara keluarga. akibatnya pada hari ini KIKOM telah berdiri teguh dan masih lagi dapat menjalankan misi asalnya dengan lancar dan jayanya, KIKOM telah berjalan dan diwarisi, sehingga sekarang KIKOM mempunyai 4 generasi yang bakal meneruskan tradisi keluarga Othman dan Om.

KIKOM adalah satu ikatan kekeluargaan yang tak ada tandingannya. segala apa yang berlaku ada hikmahnya. hari ini usia KIKOM telah mencapai satu usia yang boleh dianggap sebagai matang dan masih lagi teguh memperjuangkan agendanya yang sejak dari dulu lagi tidak pernah berubah, iaitu mengumpul semua saudara mara dan adik beradik KIKOM agar tali sillaturrahim diantara keluarga tidak terputus disamping membantu ahli keluarga yang mempunyai masalah. KIKOM telah melahirkan ramai cendiakawan2 dan orang penting negara yang mana telah menyumbang kepada kemajuan negara, malahan koperasi ini boleh dikatakan koperasi yang berjaya. ramai diantara ahli KIKOM telah berjaya dan kita doakan kejayaan ini akan berterusan sehingga ke generasi seterusnya. malahan kejayaan yang lebih besar lagi bakal ditempa oleh ahli2 KIKOM.