Friday, October 3, 2008

Menziarahi Nyang Su Esah



Sebagai memenuhi tuntutan agama kita yang menyeru agar ziarah-menziarahi sesama keluarga di hari lebaran yang mulia ini terutamanya warga yang lebih tua, Danial sempat menziarahi NyangSu Esah atau nama penuhnya Sharipah Esah yang berumur lebih kurang 100 tahun di kampung Kelubi, Jitra, Kedah.

Menurut nyang umornya lebih kurang 100 tahun. Beliau masih ingat zaman-zaman Jepun, Sultan Abdul Hamid dan zaman orang putih. Di rumahnya beliau masih menyimpan seterika arang yang lama dan mesin jahit tangan berjenama Usha yang masih sempurna.

Rumahnya di kampung Kelubi yang hanya satu bilik dan tinggal seorang diri memang dingin dan airnya sungguh sejuk. Nyang Su Esah merupakan sepupu Tok Aishah dan semasa Tok masih kecil, nyanglah yang mengasuh, kata Nyang lagi.

Friday, September 26, 2008


Get Hari Raya Graphics Here

Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dari saya dan juga keluarga, Ampun Maaf dipohon jika ada terkasar bahasa atau tersalah kata samada sedar atau tidak selama saya mengendalikan blog keluarga ini, semoga ikatan keluarga kita berkekalan. Kepada ahli keluarga yang pulang beraya dikampung tu drive la carefully ya..jangan lah hari raya menjadi hari yang sedih, SELAMAT HARI RAYA....
Ikhlas dari - Mahmud & Sons

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Get Hari Raya Graphics Here


Sungguh rendang pohon Rumbia
Rendang lagi si pohon Ara
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan di hari bahagia

Saturday, September 6, 2008

KUIH KUIH..NAK RAYA NI


Dah lama tak update blog keluarga ni..
dah jadi janggal nak type kat sini..Mana taknya untuk tatapan semua keluarga kikom yang tersayang.
tapi takpa..kena cuba jugak.

ha..sempena bulan ramadhan ni..saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ahli keluarga kikom. semoga bulan ramadhan memberi sejuta keberkatan didalam hidup kita.

Jangan pulak kita lupa pada ahli keluarga kita yang telah kembali kepadaNya lebih awal dari kita. sama2 lah kita memanjatkan doa terhadap mereka yang lebih dahulu meninggalkan kita dibulan Ramadhan yang berkat ni..

Ha lagi satu..kepada sesiapa yang nak dapatkan bekalan kuih raya untuk menyambut hari raya tak lama lagi boleh la contact2 maksu ta..dengar kata banyak kuih yang ada. murah lak tu. ada kuih makmur,putu beras,putu kacang dan tart nenas(gulung dan bunga) semua sekotak rm10 je. dari kita beli kat org lain baik kita beli kat adik beradik kita.. kualiti terjamin..sedap pun sedap..ha puas hati.

Kalau ada lagi diantara ahli keluarga yang ada kuih nak promote jugak boleh bagi tau saya kat sini. ok...

Saturday, June 28, 2008

KIKOM, KEMPEN MEMEGANG TANGAN IBU,BAPA, ANAK, DATOK, NENEK DAN CUCU.






FAMILY THAT HOLDS HAND TOGETHER STAYS TOGETHER.

Lihat papan tanda ini.



Papan tanda ini dipasang di Shanghai "FAMILY THAT HOLDS HANDS TOGETHER STAYS TOGETHER"

Thursday, June 26, 2008

Tips 10minit Kekayaan Besama Mohd Hadri

Idea Peniagaan Sepantas Kilat

Hari ini saya nak kongsikan dengan semua keluarga satu lagi tips kejayaan dan kekayaan dari buku yg baru saya pinjam di perpustakaan(huhu nak beli mahal gak buku ni).
Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan, lakukannya serta merta- sepantas kilat!

Richard Branson, pengasas syarikat penerbangan Virgin Atlantic hanya mengambil masa 6 bulan daripada mula berbincang mengenai idea memulakan syarikat penerbangan sendiri, sehingga penerbangan pertama Virgin Atlantic… 6 bulan sahaja!

Begitu juga dengan Virgin Finance, beliau hanya mengambil masa kurang daripada 6 bulan untuk memulakan syarikat insurans sendiri. Dimana, syarikat insurans biasanya di UK mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bermula.

Kunci kejayaan Richard Branson adalah melakukan sesuatu sepantas kilat! Ia akan menggamamkan pesaing-pesaing anda dan memberi anda momentum yang sangat tinggi untuk meneruskan perniagaan.

p/s: apa tggu lagi,sekiranya anda mempunyai idea,cepat2 laksanakan!takut nanti org lain yg buat,melopong gak nanti.

Tips 10minit Kekayaan Besama Mohd Hadri

Kunci Kekayaan - Keinginan

Kunci kekayaan pertama adalah keinginan menjadi kaya. Anda perlu mempunyai kehendak atau hasrat untuk menjadi bebas kewangan. Keinginan yang membakar akan memotivasikan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Seperti sebuah kereta, keinginan merupakan enjin yang menggerakkan kereta tersebut. Lebih hebat enjin tersebut, maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta tersebut. Apa jua pencapaian anda adalah bergantung kepada kehebatan keinginan anda. Sekiranya anda mempunyai satu atau dua sebab untuk mencapai keinginan tersebut, maka, keinginan tersebut tidak begitu besar. Tetapi, sekiranya anda mempunyai seratus sebab untuk mencapai keinginan menjadi kaya, maka, keinginan itu akan bertindak sebagai satu api yang membakar semangat anda untuk terus mencapai matlamat kewangan anda! Sekarang, ambil sekeping kertas dan tuliskan 100 perkara yang anda boleh perolehi sekiranya anda mempunyai wang yang tidak terhad.

Wednesday, June 25, 2008

Tips 10minit Kekayaan Besama Mohd Hadri

Orang Kaya duit bekerja untuk mereka,tetapi org miskin perlu bekerja untuk duit.



Jika anda seperti org lain dan dibesarkan dari kecil serta ditanam dengan pemikiran bahawa “kita perlu bekerja keras untuk duit”. Tunggu!Biar saya terangkan satu perkara.

Ya,saya juga bersetuju bekerja keras adalah penting,tetapi ia sahaja tidak akan menjadikan anda kaya raya.Macam mana saya tahu?lihatlah sahaja disekeliling anda,terdapat berjuta,oh tidak mggkin billion org yg menjadi seperti hamba,bekerja keras siang dan malam.saya ingin tanya anda satu soalan,adakah mereka kaya?saya berani jawab tidak sama sekali.Malah hampir kesemua mereka kesempitan wang malah mendekati tahap kemiskinan.Dengan kata lain siapakah yg anda selalu lihat sedang lepak di country club,bermain golf pada petang hari,bermain tennis atau sering becuti dengan keluarga?Orang Kaya! ya saya sedang perkatakan tentang mereka.

Saya amat pasti samada dari pengalaman anda mahupun saya,kita mesti bekerja keras untuk mendapatkan wang.Bagi semua org kaya kedaan itu hanyalah untuk sementara.Untuk orang yg sederhana atau miskin ia adalah suatu keadaan yg tetap dan perlu untuk ditempuhi sehingga ke hari tua.Bagi org2 kaya mereka hanya perlu bekerja keras sehinggalah suatu masa dimana duit mampu untuk bekerja untuk mereka secara tidak langsung menggantikan tempat mereka.Mereka faham bahawa,lagi kuat duit bekerja untuk anda,lagi sedikit masa untuk anda bekerja.

Jadi,bak kata prof Izzi,fikir-fikirkan selamat beramal



Tuesday, June 17, 2008

IBU BAPA CEMERLANG KIKOM 2008




YAN 02 Jun -Pada hari keluarga kikom kali yang ke-11 yang telah diadakan di kem kenari Yan kedah telah menyaksikan sepasang suami isteri yang telah berjaya dianugarahkan sebagai ibu bapa cemerlang KIKOM.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Professor Emeritus Dato' Dr. Abdul Halim Othman yang merupakan pengerusi KIKOM. Anugerah ini dipilih dari undian ahli keluarga KIKOM dan anak-anak kepada ibu bapa mereka sendiri.
Anugerah yang gemilang ini telah diberikan kepada pasangan Paklong Ismail dan Maklong Noormah. Mereka telah mendapat undian terbaik dari ahli keluarga serta anak mereka sendiri dan sekaligus mendapat gelaran Ibu Bapa Cemerlang KIKOM 2008, Sememangnya pasangan ini telah berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya.
Paklong Ismail,52 yang tinggal di kampung Malau, yang merupakan seorang peniaga bersama isterinya Maklong Noormah,44 yang membantu suaminya dalam peniagaan telah berjaya mendidik anak-anak mereka berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi, malahan seorang dari anak mereka iaitu Cik Izzatul Ismail telah melakar satu lagi sejarah keluarga dengan menjadi pelajar paling cemerlang seluruh Universiti Malaya.

Apabila ditanya rahsia dan resepi kejayaan mereka mendidik anak-anak mereka, Paklong Ismail menjawab "Mendidik anak dengan didikan Agama dan mengajar mereka menghormati orang yang lebih tua dan menanamkan sikap tanggungjawab serta menunjukkan tauladan yang baik adalah sangat penting" manakala Isteri beliau juga apabila ditanya berkata "mendidik dengan tegas dan tidak memberi kemewahan serta tidak mengongkong anak-anak". Jadi kepada seluruh ahli keluarga KIKOM, kita juga perlu menerapkan nilai-nilai sedemikian kepada anak-anak kita agar keluargaka KIKOM keseluruhannya akan menjadi keluarga yang cemerlang.