Sunday, October 5, 2008

Bersama YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Kem Kenari.

Di hadapan Tangga Kenari, Yan selepas Hari Keluarga

Hadri dan Pak Kecik Azmi, Pengurus Terra Synergy Sdn Bhd

Ramadzan Berlalu sudah.

Ramadzan berlalu sudah. Kini kita di dalam bulan Syawal. Apa keazaman kita? Kalau yang rajin akan berpuasa enam hari Syawal. Opppp...bukan rajin saja, nak berpuasa enam hari Syawal ni iman kena kuat kerana godaannya lebih hebat dari bulan Ramadzan. Tetapi pahalanya seperti sepanjang tahun berpuasa.

Kalaulah kita semua boleh tengok, pegang dan belek pahala agaknya kerja lain kita akan tinggal. Tetapi apa pun itulah janji Allah swt kepada hambanya yang taat dan beriman kepadanya.

Friday, October 3, 2008

Rasalah bersalah

Rasalah bersalah kalau kita belum sempat memohon ampun dan maaf kepada seluruh keluarga kita di Hari Raya ini kerana kita belum tentu akan berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Menziarahi Nyang Su Esah



Sebagai memenuhi tuntutan agama kita yang menyeru agar ziarah-menziarahi sesama keluarga di hari lebaran yang mulia ini terutamanya warga yang lebih tua, Danial sempat menziarahi NyangSu Esah atau nama penuhnya Sharipah Esah yang berumur lebih kurang 100 tahun di kampung Kelubi, Jitra, Kedah.

Menurut nyang umornya lebih kurang 100 tahun. Beliau masih ingat zaman-zaman Jepun, Sultan Abdul Hamid dan zaman orang putih. Di rumahnya beliau masih menyimpan seterika arang yang lama dan mesin jahit tangan berjenama Usha yang masih sempurna.

Rumahnya di kampung Kelubi yang hanya satu bilik dan tinggal seorang diri memang dingin dan airnya sungguh sejuk. Nyang Su Esah merupakan sepupu Tok Aishah dan semasa Tok masih kecil, nyanglah yang mengasuh, kata Nyang lagi.