Thursday, May 22, 2008

the day was come!! family day kikom 11, 2008


KEBANGGAAN




Pelantikan Prof Dato' Dr Jamil bin Osman sebagai Rektor baru Kolej Universiti Insaniah, Kedah (KUIN) bagai sireh pulang ke gagang.Beliau yang merupakan bekas Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akedemik) Universiti Islam Antarabangsa bukan asing lagi di kalangan ahli akademik. Mengenali beliau di dalam Persatuan Anak-anak Kedah, beliau banyak menyumbang idea-idea kepada Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Syed Razak Syed Zain.Semoga KUIN di bawah kepimpinan beliau akan terus membawa kecemerlangan intelektual dan akademik di dalam arus Islam sedang menghadapi cabaran yang hebat dari mereka yang buta tentang Islam.

HARAPAN KIKOM


Semua ahli KIKOM menaruh harapan yang besar supaya KIKOM tidak akan luput dek zaman dan diwarisi oleh generasi2 yang akan datang dengan lebih hebat dan berjaya lagi, walaupun generasi-generasi yang setelah sekian lama menggerakkan KIKOM telah tiada, semoga tradisi hari keluarga KIKOM akan diteruskan dan keluarga besar KIKOM dan akan menyumbang kepada kemajuan Bangsa, Agama dan Negara, Untuk mencapai matlamat ini adalah tidak mustahil jika kita menerapkan nilai pentingnya persaudaraan dan ikatan keluarga kepada pewaris kita kelak. Sikap memandang remeh terhadap ikatan kekeluargaan perlulah dibuang jauh oleh setiap ahli KIKOM. Adalah amat rugi jika satu ikatan kekeluargaan yang kuat dan utuh selama ini terlerai dan lenyap di telan zaman.