Wednesday, June 4, 2008

"KEBAKARAN...KEBAKARAN...BANGUN"


Kita biasa mendengar dan menonton cerita superhero-superhero seperti Batman,Superman,Xmen dan Spiderman. Kalau di Jepun pulak siapa yang tidak kenal dengan Ultraman. Boleh dikatakan setiap negara di dunia ni ada Superheronya sendiri. Di Malaysia sendiri tidak ketinggalan, watak seperti cicakman dan keluangman menjadi sebutan. tetapi tahukah kita semua tu adalah karaktor di dalam kartun atau cerita tv. Tanpa kita sedari KIKOM jugak mempunyai Superhero yang tidak kurang hebatnya.....



Malam itu sangat dingin, akibat keletihan semua orang tidur dengan nyeyak sekali, mana taknya ahli keluarga KIKOM yang sampai pada hari pertama dari jauh-jauh belaka...



ketika semua orang enak diulit mimpi.. kaki ku telah di goncang kuat, aku terkejut lalu terus terjaga. Tetapi aku yang ketika itu sangat letih ingin sekali merebahkan badan ku kembali tampa mempedulikan perkara yang berlaku, sehinggalah aku terdengar suara, "BANGUN!! BANGUN!! KERBAKARAN!!" suara itu telah membuatkan aku bingkas bangun, aku yang tidur di atas katil dua tingkat terus terjun dari katil ku, ketika itu suasana agak kelam kabut kerana black out, semua orang bertempiaran lari keluar dari dorm yang kami menginap. Ketika itu baru aku perasan asap yang tebal di depan dorm. kami semua tunggu di depan dorm kerana tidak tahu kemana hendak pergi, ketika itu aku lihat pada jam rupanya baru pukul 3.15pagi. semua ahli keluarga ku masih lagi dalam keadaan yang sangat mengantuk dan binggung dengan kejadian yang berlaku, apabila aku mula sedar sedikit dari mamai ku.. aku teringat akan adik ku Danial yang turut sama tidur didalam dorm, apabila aku bertanya pada abang ku dimana Danial, abangku menunjukkan pada seorang budak yang memakai baju yang agak sama dengan danial, tetapi wajahnya kabur kerana dilitupi asap tebal, apabila aku menghampiri budak itu, rupanya dia adalah Irfan anak Toksu Jamil, aku terus cemas dan memberi tahu abang ku, dia masuk tergesa-gesa mencari Danial, Danial yang seingat ku tidur bersama Azim dan Ibnu di katil paling depan terus dijumpai, dia tidur tampa sedar kejadian yang telah berlaku.



Selepas seketika hujan turun dengan lebat sekali, kami telah berpindah ke Dorm A dan Dorm C,

pada keesokan harinya barulah aku mengetahui dengan jelas cerita di sebalik kejadian semalam, kebakaran yang berlaku di sebelah dorm ku, dan penyelamat dan Superhero kami adalah Makngah Su dan paklong Ismail. Makngah lah orang yang menyedari kebakaran tersebut sebelum merebak, ketika itu semua orang nyeyak tidur, dan jeritan "KEBAKARAN...KEBAKARAN..BANGUN" dari beliau itulah yang menyelamatkan kami, dan Paklong Ismail telah cepat-cepat memadam kan api, Syukur Alhamdulillah.. jika kebakaran itu merebak, tidak tahulah apa yang akan terjadi selepas itu.. mungkin Blog ini pun tidak dapat ku update..hehe.


Inilah Superhero kami, real dan bukan sekadar Cerita. Terima kasih kepda Makngah Cik Su dan Paklong Ismail serta semua yang terlibat dalam mengejutkan ahli keluarga kita... walaupun tidak mendapat liputan tv3,tv8,tv7 atau CNN..tetapi jasamu tetap di kenang..