Tuesday, June 17, 2008

IBU BAPA CEMERLANG KIKOM 2008




YAN 02 Jun -Pada hari keluarga kikom kali yang ke-11 yang telah diadakan di kem kenari Yan kedah telah menyaksikan sepasang suami isteri yang telah berjaya dianugarahkan sebagai ibu bapa cemerlang KIKOM.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Professor Emeritus Dato' Dr. Abdul Halim Othman yang merupakan pengerusi KIKOM. Anugerah ini dipilih dari undian ahli keluarga KIKOM dan anak-anak kepada ibu bapa mereka sendiri.
Anugerah yang gemilang ini telah diberikan kepada pasangan Paklong Ismail dan Maklong Noormah. Mereka telah mendapat undian terbaik dari ahli keluarga serta anak mereka sendiri dan sekaligus mendapat gelaran Ibu Bapa Cemerlang KIKOM 2008, Sememangnya pasangan ini telah berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya.
Paklong Ismail,52 yang tinggal di kampung Malau, yang merupakan seorang peniaga bersama isterinya Maklong Noormah,44 yang membantu suaminya dalam peniagaan telah berjaya mendidik anak-anak mereka berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi, malahan seorang dari anak mereka iaitu Cik Izzatul Ismail telah melakar satu lagi sejarah keluarga dengan menjadi pelajar paling cemerlang seluruh Universiti Malaya.

Apabila ditanya rahsia dan resepi kejayaan mereka mendidik anak-anak mereka, Paklong Ismail menjawab "Mendidik anak dengan didikan Agama dan mengajar mereka menghormati orang yang lebih tua dan menanamkan sikap tanggungjawab serta menunjukkan tauladan yang baik adalah sangat penting" manakala Isteri beliau juga apabila ditanya berkata "mendidik dengan tegas dan tidak memberi kemewahan serta tidak mengongkong anak-anak". Jadi kepada seluruh ahli keluarga KIKOM, kita juga perlu menerapkan nilai-nilai sedemikian kepada anak-anak kita agar keluargaka KIKOM keseluruhannya akan menjadi keluarga yang cemerlang.