Tuesday, June 17, 2008

IBU BAPA CEMERLANG KIKOM 2008




YAN 02 Jun -Pada hari keluarga kikom kali yang ke-11 yang telah diadakan di kem kenari Yan kedah telah menyaksikan sepasang suami isteri yang telah berjaya dianugarahkan sebagai ibu bapa cemerlang KIKOM.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Professor Emeritus Dato' Dr. Abdul Halim Othman yang merupakan pengerusi KIKOM. Anugerah ini dipilih dari undian ahli keluarga KIKOM dan anak-anak kepada ibu bapa mereka sendiri.
Anugerah yang gemilang ini telah diberikan kepada pasangan Paklong Ismail dan Maklong Noormah. Mereka telah mendapat undian terbaik dari ahli keluarga serta anak mereka sendiri dan sekaligus mendapat gelaran Ibu Bapa Cemerlang KIKOM 2008, Sememangnya pasangan ini telah berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya.
Paklong Ismail,52 yang tinggal di kampung Malau, yang merupakan seorang peniaga bersama isterinya Maklong Noormah,44 yang membantu suaminya dalam peniagaan telah berjaya mendidik anak-anak mereka berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi, malahan seorang dari anak mereka iaitu Cik Izzatul Ismail telah melakar satu lagi sejarah keluarga dengan menjadi pelajar paling cemerlang seluruh Universiti Malaya.

Apabila ditanya rahsia dan resepi kejayaan mereka mendidik anak-anak mereka, Paklong Ismail menjawab "Mendidik anak dengan didikan Agama dan mengajar mereka menghormati orang yang lebih tua dan menanamkan sikap tanggungjawab serta menunjukkan tauladan yang baik adalah sangat penting" manakala Isteri beliau juga apabila ditanya berkata "mendidik dengan tegas dan tidak memberi kemewahan serta tidak mengongkong anak-anak". Jadi kepada seluruh ahli keluarga KIKOM, kita juga perlu menerapkan nilai-nilai sedemikian kepada anak-anak kita agar keluargaka KIKOM keseluruhannya akan menjadi keluarga yang cemerlang.

19 comments:

izatul said...

MasyaALLAH..Terkejut bila sy bc (( Cik Izzatul Ismail telah melakar satu lagi sejarah keluarga dengan menjadi pelajar paling cemerlang seluruh Universiti Malaya )) .. Saya belum sampai lg ke tahap tu dan hanya pelajar biasa di UM.. InsyaALLAH, berkat dr doa ahli keluarga untuk kami yg masih blajaq, x mustahil semua akan sampai ke tahap tu.. (",)

ThE MazLansoNs said...

itu adalah satu doa buat kamu..
dan sebenarnya pun realiti kan kan kan..
eleh..nak merendah diri lak..kami tau la Cik Izzatul..setuju x semua ahli keluarga??

izatul said...
This comment has been removed by the author.
izatul said...

AMIN..Tima kasih doakan..(",) Tp bkn realiti..Betul ni.. Bkn merendah diri.. Sy x setanding anak2 pak long lan.. Kebykannya berjaya.. Kan2?? Moga2 kita semua berjaya.. Dalam kikom sendiri ramai yg dah berjaya cthnya mcm tok cik lin, tok su men, pak long lan, pak ngah dad, pak ngan nordin n ramai lg la.. Depa sumer leh jd inspirasi wat semua ahli keluarga... :)

ThE MazLansoNs said...

Dulu paklong lan cakap dia dengan pakngah dad selalu tgk gambaq tok cik lin n tok su men kat US, dan depa meletakkan kedua dua pak menakan depa tu sebagai inspirasi utk belajaq rajin2..betul tak wahai paklong dan pakngah??

KIKOM adalah satu kesinambungan kejayaan yang berterusan.. walau dalam apa bidang sekali pun jika dilihat ahli keluarga KIKOM sgt berjaya..
dan org yg berkahwin dgn ahli keluarga KIKOM pun bukan calang2 ya..haha. lihat saja doktor kita.. dr.safari.

so Pakcik safari..boleh tak kita buat satu forum bersama DR.Safari di blog kita ni?? boleh bincangkan isu kesihatan dan info2 berkenaan..

p/s: nanti kita akan ada pulak ruang yg membincangkan isu Syariah dan Agama, bersama Utazah Izatul. ok.

mis3 said...

jangan terlalu memuji-muji,.takut yang dipuji akan jadi riak.,yang memuji akan tiada keikhlasan.,

Anonymous said...

Apa juga kejayaan kita hari ini jangan kita tengok hari ini tetapi tengoklah siapa yang melahirkan kita dan mendoakan kita siang malam. Yang memasang kelambu bila nyamuk nak ketit.Yang bangun malam bila kita menangis mahukan susu. Yang mengangkut air telaga untuk memandikan kita pagi-pagi sebelum ke sekolah.Yang mengapur kasut sekolah kita.Yang meneman kita kesekolah kadang-kadang masuk sekali dalam bilik darjah.
Itulah mereka...ibu dan ayah kita.

mis3 said...

tiada kebahgiaan seorang hamba itu atas 3perkara dapat nikmat bersyukur,bila di uji bersabar,bila brbuat dosa beristifar

matlentuk said...

Yea le, baguih juga website ni, tp nape dok memuji aje. boleh tak yg cemerlang tu cerita cara belajar sampai jadi pelajar PALING CEMERLANG SELURUH UM. Boleh kan!

mis3 said...

hallo'betul juga kata matlentuk,saya pun nak petua juga untuk cermelang.eloklah hebahkan kita kongsi ramai2 supaya semua jadi cemerlang

jieha said...

saya kagum gler ngan kak izatul..arap2 satu ari nnti saya dpt jadi cam akak...ermm..kak izatul dapat memberi kuliah subuh ngan pandangan yg begitu bernas skali..sama2 kita d0akan sm0ga semua ahli kuarga kik0m dpt mnc0nt0hi kak izatul...

mis3 said...

sabdna nabi saw.bukanlah kekayaan itu harta yg melimpah akan tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah
kaya jiwa.
renung2kanlah agar apa yang kita kejar tak meyimpang.tidak salah kita mencari kekayaan,asalkan ia mengikut landasan

mis3 said...

sabda nabi saw.bukanlah kekayaan sebenar itu harta benda,tetapi kaya jiwa

jieha said...

tak perlu lah kita punya hasad dengki dalam diri kita..yg berjaya p0n bukannya 0rg laen tapi ahli keluarga kita jgak..jadi kita harus punya rasa bangga biler ahli kuarga kita b0leh melakar kejayaan yg tinggi dan haruslah kita mnc0nt0hi kejayaannya bukan dengki dgn kelebihannya..jadi sama2 lah kita meghindarkan diri dari punya hasad dengki yg b0leh mngaburi jiwa..

ThE MazLansoNs said...

wah byk nyer komen2 kat sini..
topic panas ka..
kak izzatul..kamu popular ya..
haha.
siap mcm chatting lg..
tp enggak bisa bikin ribut2 ya..huhu.
pesanan penaja..hehe

4AS said...

Pak Teh Safari ada gak tanya pasal slot issue kesihatan yang dibincangkan masa hari keluarga hari tu. Kalau dah ready & ada soalan2 insyaallah dia akan jawab & bincangkan. Ni Mak Teh jadi secretary dia la sementara since dia bila suruh bukak website ni baru nak bukak. BZ le katakan... On the other hand mak teh tiap2 hari mesti nak bukak internet.

ThE MazLansoNs said...

ok mak teh..
kita adakan slot untuk tu..
thanks atas kerjasama mak teh..
nanti mak teh kena la online selalu ye..
pasti akan ada soalan2 mengenai kesihatan yang hendak diajukan oleh keluarga..
sekarang faiz tgh fikir slot yg paling mudah untuk komunikasi diantara makteh,pakteh safari dan keluarga..

izatul said...

Salam sayang wat sumer…

Erm, dah lama x jenguk blog ni.. Banyak gak komen…Tima kasih pada faiz sbb create n sllu update blog ni.. Blog ni menjadikan ahli keluarga dapat selalu berhubung.. Lepas bc komen2 kat atas ni bersyukur sgt2 mempunyai keluarga yg prihatin…

Tima kasih pada mis3, jieha, faiz atas setiap peringatan.. Inilah satu kelebihan yang ada pada KIKOM sbb mempunyai ahli yang saling lengkap-melengkapi, saling tegur-menegur n saling menutup kelopangan yang ada kerana kita saling lalai n alpa..

Pd saudara faiz, ish saya rs blom mmpu n layak kalo nak ade kan ruangan yg membincangkan isu Syariah dan Agama ngan saya sbb saya masih dalam proses pembelajaran dan pemahaman. Tp insyaALLAH saya akan tolong yang termampu.. Sy akan refer pensyarah2 n ustaz2 yang arif dalam bidang masing-masing (agama)... Kalo ade nak tanya apa2 leh emelkan ke izatul_akmar@yahoo.com... Nnti saya rujuk soalan tu pada ustaz2 saya yang arif dalam bidang msg2…

Mesti ramai yg nak tau mengenai mslh kesihatan.. Bolehla berhbg ngan pak teh safari… Beliau sedia nak membantu… Ya kan pakteh?? Cdgn untuk hari keluarga KIKOM thn depan, apa kata ada kan slot kesihatan ngan pak teh Safari… Pak Teh leh bekerjasama ngan abah kan… Bleh abah promosi produk abah skali seperti ubat resdung, air gamat, sabun madu lebah n brg kesihatan yg lain… Leh kan???

ThE MazLansoNs said...

yup..setuju sangat dengan cadangan izatul tu..
slot2 yg yg membantu dari ahli keluarga amat sgt diharapkan..
slot2 busines keluarga jugak akan ada di blog ini,

buat masa sekarang faiz tengah mencari cara untuk mempamerkan dengan berkesan dan blh berhubung dengan mudah di dalam blog ini jika ada pertanyaan dari ahli keluarga yang lain..

jadi tak lama lagi pasti ada satu ruang khas yang akan mengiklankan semua bisnes2 dan slot2 ilmu di dalam blog ini.. jika ada cadangan dari ahli keluarga yang lebih arif dan mempunyai idea boleh la menghantarkan email pada faiz di www.skyrobbers87@aol.com.