Friday, December 4, 2009

Tingkatkan kepintaran si kecil

Dari Utusan Malaysia
Oleh ZUARIDA MOHYIN

TIDAK tahu duduk diam, mengutip atau mengambil apa sahaja yang ditemui kemudian memasukkannya ke dalam mulut, memanjat meja atau kerusi, berlari turun dan naik tangga, meniru perkataan-perkataan yang tidak elok serta suka melakukan apa yang dilarang merupakan antara kerenah anak-anak kecil kita.

Malah perangai-perangai sebegini ada ketikanya menguji kesabaran orang tua mereka, terutamanya ibu yang mana lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak.

Kebiasaannya apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, ibu bapa selalu melabelkan kanak-kanak ini degil atau nakal, lantas anak kecil ini dihukum kerana perbuatan mereka yang dirasakan melampaui itu atau dengan perkataan lain tidak mendengar kata.

Sebenarnya, setiap tingkah laku kanak-kanak itu menunjukkan fitrah seorang kanak-kanak yang ingin mengetahui hakikat setiap benda atau setiap perkara yang berada di persekitaran mereka.

Kita tentunya sedia maklum bahawa rumah adalah sekolah pertama untuk kanak-kanak dan ibu bapa adalah guru pertama kepada mereka, sebelum anak-anak itu melalui pendidikan secara formal bermula dari peringkat pra sekolah atau tadika, sekolah rendah, menengah dan seterusnya ke menara gading serta peringkat pendidikan tertinggi lain.

Hakikatnya, pada usia bayi hingga enam tahun merupakan tahun-tahun penting bagi perkembangan otak kanak-kanak. Malah Islam sendiri amat menitikberatkan aspek pendidikan pada tahap usia ini.

Ini kerana, pada usia tersebut, otak kanak-kanak dalam keadaan kosong dan tiada pengisian, jadi ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab mencorak dan mewarnai mereka supaya menjadi insan berguna kepada agama, ibu bapa dan masyarakat.

Sebagaimana yang ditegaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sabda Rasulullah SAW: Tidak ada seorang bayi melainkan dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah) maka kedua ibu bapanya yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi. (riwayat Syaikhan)

Hadis di atas ini turut disokong oleh ramai ahli psikologi yang berpendapat, pada umur tersebut itulah merupakan tahun-tahun yang penting bagi perkembangan tahap kepintaran kanak-kanak.

Semakin banyak yang diketahui maka semakin banyak yang mahu diketahui oleh kanak-kanak. Oleh itu, janganlah cepat bosan dengan kerenah anak-anak tetapi manfaatkanlah masa bersama dengan anak-anak sebaik mungkin. Waima ia dilakukan dalam suasana bersahaja atau ketika melayan mereka bermain atau semasa ibu bapa sedang menguruskan anak-anak.

Menyedari impian dan keinginan semua ibu bapa untuk memiliki anak yang pintar dan cedas maka PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. telah menerbitkan buku berjudul, Didik Anak Jadi Pintar yang ditulis oleh Rohani Sheikh Omar.

Menerusi buku ini, ibu bapa atau mereka yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak antara usia 0-6 tahun dapat mempelajari beberapa aktiviti yang dapat membantu proses membentuk pemikiran anak-anak.

Apatah lagi aktiviti yang disediakan ini begitu praktikal dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak seperti; aktiviti matematik, label dan warna, bahasa, sains, bermain dan permainan kreatif.

Di samping itu juga, ibu bapa akan diberikan idea bagaimana anda dan anak-anak dapat meluangkan masa yang bermakna bersama-sama. Ia merangkumi aktiviti di dalam rumah, di luar rumah, bahasa, bunyi, interaksi, perhubungan dan permainan harian.

Ia semua bertujuan meningkatkan perkembangan anak-anak dari sudut sensor motor, kognitif, mental, sosial, sahsiah, fizikal, kreativiti, komunikasi dan pelbagai perkembangan yang berguna untuk kehidupan anak-anak.

Thursday, December 3, 2009

Selamat Tinggal KIKOM 2009

Mentari terbenam di Pendang Lake Resort telah menjadi saksi mengakhiri Hari Keluarga KIKOM 2009 dengan membawa seribu kenangan, kemesraan dan nostalgia yang pasti akan terpahat sehingga ke akhir hayat di kalangan ahli-ahli KIKOM dan berdoalah semoga KIKOM akan subur diwarisi dari generasi ke generasi.

"Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dari segi tenaga, wang ringgit dan sebagainya bagi menjayakan Hari Keluarga KIKOM yang ke 12 di Pendang Lake Resort.

Tanpa kerjasama dari semua ahli, KIKOM tidak akan kemana. Harap kerjasama yang telah diberikan dapat diteruskan sampai bila-bila.

Kalau ada silap dan salah, terlebih dan terkurang sebagai Pengerusi dan semua AJK memohon maaf yang tidak terhingga.

Sekian. HIDUP KIKOM!"

Ikhlas,
Mohd Zahir bin Hj Othman dan Kalsom bin Othman
serta seluruh AJK KIKOM 12, 2009

Wajah-wajah riang Keluarga KIKOM

Wajah-wajah riang Abang Mizi dan Pak Su Ariff melihat telatah anak-anak KIKOM
Pak Su Ariff sedang menyakinkan Ramzul untuk segera mencari jodoh
Ramzul, teruna yang sedang mencari-cari calun isteri yang sesuai...

Aktiviti Hari Keluarga - Persembahan dan sukaneka

Perjumpaan Keluarga setahun sekali pastinya macam-macam topik diperbualkan
Tengok apa tu?
Sukaneka dan sukan beranika
Adoii..adoiiii... Danial terseliuh kaki sedang diurut oleh Mak Kecik
Perembahan Tim, Tim, Bak anak-anak KIKOM

Hari Kedua Keluarga KIKOM di Pendang Lake Resort

Cake Hari Jadi KIKOM Pak Cik Lin bersama Pengerusi Hari KIKOM 2009 Pak Kecik Zahir

Pengantin Baru cucu Mak Char Huda dan Amir bersama Mak Cik Malau
Mat Noor anak Tok Jam Tok Mamak
Mesranya dua beradik Mak Char Ton dan Mak Cik Malau