Thursday, December 3, 2009

Selamat Tinggal KIKOM 2009

Mentari terbenam di Pendang Lake Resort telah menjadi saksi mengakhiri Hari Keluarga KIKOM 2009 dengan membawa seribu kenangan, kemesraan dan nostalgia yang pasti akan terpahat sehingga ke akhir hayat di kalangan ahli-ahli KIKOM dan berdoalah semoga KIKOM akan subur diwarisi dari generasi ke generasi.

"Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dari segi tenaga, wang ringgit dan sebagainya bagi menjayakan Hari Keluarga KIKOM yang ke 12 di Pendang Lake Resort.

Tanpa kerjasama dari semua ahli, KIKOM tidak akan kemana. Harap kerjasama yang telah diberikan dapat diteruskan sampai bila-bila.

Kalau ada silap dan salah, terlebih dan terkurang sebagai Pengerusi dan semua AJK memohon maaf yang tidak terhingga.

Sekian. HIDUP KIKOM!"

Ikhlas,
Mohd Zahir bin Hj Othman dan Kalsom bin Othman
serta seluruh AJK KIKOM 12, 2009

Wajah-wajah riang Keluarga KIKOM

Wajah-wajah riang Abang Mizi dan Pak Su Ariff melihat telatah anak-anak KIKOM
Pak Su Ariff sedang menyakinkan Ramzul untuk segera mencari jodoh
Ramzul, teruna yang sedang mencari-cari calun isteri yang sesuai...

Aktiviti Hari Keluarga - Persembahan dan sukaneka

Perjumpaan Keluarga setahun sekali pastinya macam-macam topik diperbualkan
Tengok apa tu?
Sukaneka dan sukan beranika
Adoii..adoiiii... Danial terseliuh kaki sedang diurut oleh Mak Kecik
Perembahan Tim, Tim, Bak anak-anak KIKOM

Hari Kedua Keluarga KIKOM di Pendang Lake Resort

Cake Hari Jadi KIKOM Pak Cik Lin bersama Pengerusi Hari KIKOM 2009 Pak Kecik Zahir

Pengantin Baru cucu Mak Char Huda dan Amir bersama Mak Cik Malau
Mat Noor anak Tok Jam Tok Mamak
Mesranya dua beradik Mak Char Ton dan Mak Cik Malau

Monday, November 30, 2009

Aktiviti Hari Keluarga - makan dan sukaneka

Pengadil pening kepala?
Senaman pagi sesudah makan banyak lemak daging korban.
Lemak!!!! daging korban
Biar banyak excercise jangan banyak lemak noooo...

Hari Keluarga KIKOM di Pendang Lake Resort 30/11 - 2/12/2009


Danial bersama mentornya Tok Cik Lin
Dok kira kacang dalam pertandingan teka kacang - Hadiah Batik Merbok
Kasih sayang Mak Cik dan Pak Cik Ani berkekalan sehingga ke usia emas
Cucu dan Tok Ayah- amboooiii tak berengang aihhhh....

Majlis akad nikah anak perempuan Abang Jo di Malau

Majlis akad nikah dilangsungkan di Masjid Malau Hadri sedang menunjukkan permainan silap mata pada Majlis Kenduri

Tuesday, September 22, 2009

Saat-saat Bahagia Perkahwinan Pak Ngah Det





Gambar-gambar ini diambil pada July dan Oktober 1987.

Thursday, June 4, 2009

CADANGAN PENUBUHAN KIKOM MART

Assalamualaikum,

Kepada semua warga kikom, demi dengan niat JIHAD EKONOMI dan ingin menjana ekonomi muslim, saya mencadangkan jika ada yang berminat untuk mengusahakan KIKOM Mart,

1.Bersama email ini saya sertakan satu softcopy slide show yang telah saya oleh, dari internet. (anda juga boleh tambah dan ubah apa yang patut).

2.Cadangan ini terbuka kepada semua ahli kikom, diatas niat untuk menjana ekonomi ummah.

3.Untuk permulaan Kikom mart ini akan dibuka untuk satu tempat yang dikira startegik (pilot run), apabila telah stabil(dari segi pelaksanaan dan pengurusan) bolehla Kikom Mart ini melebarkan sayapnya ke lokasi lokasi yang lain di seluruh pelusuk Malaysia.

4.Segala jawatan didalam Kikom Mart ini adalah dengan lantikan PENGERUSI KiKOM.

5.Idea ini hanyalah dari individu yang masih mentah di dalam bidang perniagaan, tetapi dengan adanya tokoh tokoh besar didalam koperasi kikom yang bergiat aktif di dalam bidang akademik,politik, korporat, bisness, saya yakin rancangan ini amat boleh direncanakan dengan jayanya.

minta beri cadangan diatas idea ini,

regards,
Sukor Abdullah.