KIKOM bukan lah semalam.. KIKOM bukan lah 10 tahun yang lepas.. KIKOM adalah ikatan yang akan kekal buat selamanya..
gambar diatas diambil pada tahun 1972 di Kepala Batas, Alor Setar.. gambar diatas menunjukkan bertapa kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang kukuh dan utuh hingga membawa ke hari ini.. kita patut berbangga kita dilahirkan didalam keluarga KIKOM..
mungkin kita merasakan hal ini adalah perkara yang remeh.. didalam hati kita mungkin ada yg beranggapan "arghhh..ape guna KIKOM,semua pun lahir ade keluarga".
tp tampa kita sangka anggapan orang luar,kawan-kawan serta kenalan adalah jauh berbeza.. "bertuah betul die, lahir dalam keluarga yang besar dan bersatu, kenape keluarge aku tak macam tu".. kita lupa diluar sana berapa ramai orang yang lahir tampa keluarga.. jika ada pun adakah mereka kenal pakcik,makcik,toksu dan saudara mara mereka yang lain? setakat berjumpa di hari raya setahun sekali, itupun kalau keluarga masih ada, kalau dah tak ada..kirim salam je la nak balik beraya di kampung..
ingatlah wahai keluarga ku.. sejauh mana pun dirimu berlayar.. jangan lah kau lupa pada daratan.. jika kau lupa pada daratan.. maka kau akan lemas dilautan..
didalam gambar di atas, ada diantara mereka telah meninggalkan kita.. sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka.
tekan pada gambar untuk melihat dengan jelas diri anda,ibu dan bapa anda,datuk dan nenek anda.keluarga anda
No comments:
Post a Comment