Wednesday, June 11, 2008
Warkah Rindu Buat Kanda 2
Sekolah Umum
Kepala Batas kedah
30 oct 1958
Kehadapan yang mulia Kekanda ku Abdul-Halim dengan beroleh selamat sejahtera-nya
Amin!
Kekanda!
Adalah warkah ini datang-nya dari adinda Umi Kalsom dengan beroleh selamat dan sihat walafiat sa-isi rumah kita di-sana di-harap sa-belah pehak kanda berlebeh lagi kami hendak-nya. Kanda surat kanda selamat ayahanda terima dan faham segala isi kandungan-nya, adinda ingat kanda marah sebab tiada balas surat kanda, jangan-lah kanda marah sebab tiada masa ayahanda pun tiada masa juga dan adinda pun tiada lama lagi hendak pereksa besar, adinda Umu Kalsom(Chum) masok pereksa ka-sekolah Inggeris pula.
Kanda sekarang di England musim apakah? Di Kedah sekarang ini padi baharu keluar, ta’ lama lagi orang mengerat-lah.
Kanda bonda kata hantar-lah surat tiap2 bulan sebab kami rindukan kanda, kasehan-lah kepada bonda kadang2 hingga tiada dapat tidor ingatkan kanda, jikalau kanda kasihan hantar-lah selalu kalau dapat bacha surat macham berchakap dengan kanda saperti kanda ada dudok bersama kami pun, dan lagi bonda apabila makan banda apa yang kanda suka makan hingga bonda telan pun tidak masok oleh kerana ingatkan kapada kanda begitu juga adinda yang lain lagi.
Kanda Harun kawan kanda yang baik itu selalu ada datang ka rumah kita dan mengtahui hal kedudukan kanda di-sini dan lain2 lagi, sekarang Adinda Md.Zahir pun sudah besar dan sangat jahat dan dia pun pandai merindukan kapada kanda selalu menyebut nama kanda serta melihat gambar kanda dan di-chium-nya gambar kanda itu dan sa-bagai lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Apabila membaca warkah ini,terbuktilah KIKOM dibina di atas landasan yang hebat dengan cinta dan kasih sayang dari Nenda Hj Othman dan Hjh OM memang tak berbelah bahagi.
Keihlasan jiwa dan hati nurani mereka inilah yang membawa kita di sini hari ini.
Kasih sayang yang tidak terbatas kepada anak, menantu, cucu dan cicit tetapi seluruh jiran, rakan dan taulan.
Sama-samalah kita membacadan menghadiahkan Al fatihah kepada mereka dan seluruh keluarga kita yang mati baru-mati lama semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat hendaknya.
betul tu saudara Cakerawala..
jasa mereka tidak terbalas..
hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas..
memang terharu apabila membaca warkah tersebut...sebagai perkongsian dengan ahli kikom semua...keakraban adik beradik seperti yng dilalui pada zaman mereka amat berbeza sekali dengan sekarang...walupun ada teknologi yang canggih sekali pun, kita masih susah nak berhubung. Kini dengan kemudahan sms, kita boleh berada bersama dengan saudara mara kita walau dimana jua sekali pun...renung-renungkan lah...
orang sekarang dah tak macam dulu
dulu pakai surat sekarang guna hujung jari je.
macam iklan syampu tu gune jari pun boleh
Post a Comment