Friday, May 30, 2008

Generasi ketiga KIKOM berjanji akan meneruskan perjuangan generasi pertama.


Perhimpunan tahunan keluarga KIKOM yang diadakan selama 3 hari bermula pada 30 Mei 2008 di Kem Kenari, Yan telah dihaziri lebih kurang seramai 200 ahli dari seluruh negara. Pada malam pertama telah diadakan Forum Keluarga yang bertajuk "Proud To Be KIKOM members" telah dipengerusikan oleh Ahmad Faiz Mazlan dan pesertanya terdiri dari Alia bt Dr Jamil, Hazirah bt Mohd Zahir, Izatul bt Ismail, Azim Mohd Zahir, Mohd Hadri bin Mazlan dan Muhaimin bin Dr Jamil.

Para panel yang terdiri dari generasi ketiga KIKOM telah berbincang bagaimana untuk menguatkan keluarga KIKOM dan rumusannya mereka berjanji akan meneruskan perjuangan KIKOM yang telah diasaskan oleh Pak Ngah Mahmud hj Abdullah pada tahun 1960.

Tuesday, May 27, 2008

WARKAH RINDU BUAT KANDA


Adinda berdua jamil dan md.zahir
apabila mendengar radio , terdengar lagu jauh pandangan yang dinyayikan oleh Rokiah dan A.Chik, terkenanglah pada kanda yang jauh di pandangan adinda, inilah lagunya:-

lamanya kita tidak berjumpa,
sungguh sedeh-nya rasa hati ku.
sambutlah salam dari adinda,
dengan selalu digoda rindu,
walaupun seberang lautan,
dinda tak mungkir segala janji,
walaupun surat kanda kirimkan,
sapeti badan datang sendiri,
segala-gala sudah ku sedia,
menunggu kanda bila kan tiba,
jikalau dinda ada bersayap,
sekarang juga adinda terbang,

yang rindu,
jamil



yang berduka,

umu khalthom

36 TAHUN DALAM KENANGAN


KIKOM bukan lah semalam.. KIKOM bukan lah 10 tahun yang lepas.. KIKOM adalah ikatan yang akan kekal buat selamanya..
gambar diatas diambil pada tahun 1972 di Kepala Batas, Alor Setar.. gambar diatas menunjukkan bertapa kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang kukuh dan utuh hingga membawa ke hari ini.. kita patut berbangga kita dilahirkan didalam keluarga KIKOM..
mungkin kita merasakan hal ini adalah perkara yang remeh.. didalam hati kita mungkin ada yg beranggapan "arghhh..ape guna KIKOM,semua pun lahir ade keluarga".
tp tampa kita sangka anggapan orang luar,kawan-kawan serta kenalan adalah jauh berbeza.. "bertuah betul die, lahir dalam keluarga yang besar dan bersatu, kenape keluarge aku tak macam tu".. kita lupa diluar sana berapa ramai orang yang lahir tampa keluarga.. jika ada pun adakah mereka kenal pakcik,makcik,toksu dan saudara mara mereka yang lain? setakat berjumpa di hari raya setahun sekali, itupun kalau keluarga masih ada, kalau dah tak ada..kirim salam je la nak balik beraya di kampung..
ingatlah wahai keluarga ku.. sejauh mana pun dirimu berlayar.. jangan lah kau lupa pada daratan.. jika kau lupa pada daratan.. maka kau akan lemas dilautan..
didalam gambar di atas, ada diantara mereka telah meninggalkan kita.. sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat keatas mereka.
tekan pada gambar untuk melihat dengan jelas diri anda,ibu dan bapa anda,datuk dan nenek anda.keluarga anda

Friday, May 23, 2008

HARI IBU



IBU..ENGKAULAH RATU HATI KU...

sempena hari ibu yang mulia ini...hati ku hiba mengenang kembali arwah ibu yang telah pergi menghadap ilahi..hanya doa dan air mata mampu ku iringkan dalam setiap solat ku kepada mu.. hati ku tidak pernah sedetikpun melupakan mu.. kerana jasa mu membesarkan ku dan mendidikku sehingga aku menjadi manusia yang berguna seperti hari ini..


hari ini..segala ajaran mu ku turunkan kepada anak2 ku dengan harapan agar mereka akan turut menjadi manusia yg berguna di muka bumi Allah ini.. walaupun sudah sekian lama kau pergi meninggalkan kami..tetapi kasih sayang mu masih tetap kami rasa..aku sgt menyesal tidak dapat menabur bakti secukupnya semasa kau masih disisi.. hanya sekarang aku sedar bahawa kasih sayang ibu tiada bandinggannya, kau lah penawar luka ku, kau lah cahaya dikala aku kegelapan, kau lah peneman setia dikala aku disisihkan, tiada balasan yang setimpal dengan kasih mu ibu............................................................................


Thursday, May 22, 2008

the day was come!! family day kikom 11, 2008


KEBANGGAAN




Pelantikan Prof Dato' Dr Jamil bin Osman sebagai Rektor baru Kolej Universiti Insaniah, Kedah (KUIN) bagai sireh pulang ke gagang.Beliau yang merupakan bekas Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akedemik) Universiti Islam Antarabangsa bukan asing lagi di kalangan ahli akademik. Mengenali beliau di dalam Persatuan Anak-anak Kedah, beliau banyak menyumbang idea-idea kepada Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Syed Razak Syed Zain.Semoga KUIN di bawah kepimpinan beliau akan terus membawa kecemerlangan intelektual dan akademik di dalam arus Islam sedang menghadapi cabaran yang hebat dari mereka yang buta tentang Islam.

HARAPAN KIKOM


Semua ahli KIKOM menaruh harapan yang besar supaya KIKOM tidak akan luput dek zaman dan diwarisi oleh generasi2 yang akan datang dengan lebih hebat dan berjaya lagi, walaupun generasi-generasi yang setelah sekian lama menggerakkan KIKOM telah tiada, semoga tradisi hari keluarga KIKOM akan diteruskan dan keluarga besar KIKOM dan akan menyumbang kepada kemajuan Bangsa, Agama dan Negara, Untuk mencapai matlamat ini adalah tidak mustahil jika kita menerapkan nilai pentingnya persaudaraan dan ikatan keluarga kepada pewaris kita kelak. Sikap memandang remeh terhadap ikatan kekeluargaan perlulah dibuang jauh oleh setiap ahli KIKOM. Adalah amat rugi jika satu ikatan kekeluargaan yang kuat dan utuh selama ini terlerai dan lenyap di telan zaman.

Wednesday, May 21, 2008

KUMPULAN IKATAN KELUARGA OTHMAN DAN OM


KIKOM adalah singkatan dari Kumpulan Ikatan Keluarga Othman dan Om, secara amnya KIKOM boleh diklasifikasikan sebagai syarikat keluarga atau komuniti keluarga, akan tetapi maksud KIKOM adalah lebih mendalam lagi dan mempunyai suatu semangat yang hidup dan berkuasa untuk menyatukan. semangat ini adalah semangat kasih sayang yang kuat diantara keluarga. akibatnya pada hari ini KIKOM telah berdiri teguh dan masih lagi dapat menjalankan misi asalnya dengan lancar dan jayanya, KIKOM telah berjalan dan diwarisi, sehingga sekarang KIKOM mempunyai 4 generasi yang bakal meneruskan tradisi keluarga Othman dan Om.

KIKOM adalah satu ikatan kekeluargaan yang tak ada tandingannya. segala apa yang berlaku ada hikmahnya. hari ini usia KIKOM telah mencapai satu usia yang boleh dianggap sebagai matang dan masih lagi teguh memperjuangkan agendanya yang sejak dari dulu lagi tidak pernah berubah, iaitu mengumpul semua saudara mara dan adik beradik KIKOM agar tali sillaturrahim diantara keluarga tidak terputus disamping membantu ahli keluarga yang mempunyai masalah. KIKOM telah melahirkan ramai cendiakawan2 dan orang penting negara yang mana telah menyumbang kepada kemajuan negara, malahan koperasi ini boleh dikatakan koperasi yang berjaya. ramai diantara ahli KIKOM telah berjaya dan kita doakan kejayaan ini akan berterusan sehingga ke generasi seterusnya. malahan kejayaan yang lebih besar lagi bakal ditempa oleh ahli2 KIKOM.